Sekolah baru SK Triang Serian beri manfaat kepada pelajar di 9 kampung di Tong Nibong

Riot hadir merasmikan SK Triang Serian pada Sabtu lepas. (25 Jun 2022)

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 27 Jun: Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur Dato Sri Richard Riot Jaem pada Sabtu lepas telah merasmikan Sekolah Kebangsaan Triang Serian yang terletak di kawasan Tong Nibong.

Sekolah baharu tersebut dibina dengan kos RM16.2 juta dan telah siap pembinaannya pada 21 September 2017 dan mula beroperasi pada 2 Januari 2018.

Riot yang juga MP Serian berharap Sekolah Kebangsaan Triang Serian akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan di kawasan Tong Nibong.

“Terdapat 9 buah kampung yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini setakat ini.

“Ia adalah sebuah sekolah yang serba lengkap dengan prasarana dan kemudahan,” katanya dalam ucapan perasmian.

Hadir sama Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Serian Patrick Madon dan guru besar SK Triang Encik Limin. — DayakDaily