RON97 naik 5 sen, RON95 dan diesel kekal

Vehicle getting refueled at a petrol station. - DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 12 April: Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 5 sen seliter manakala RON95 dan diesel kekal untuk mingguan 13-19 April, 2019.

Mengikut kenyataan media Kementerian Kewangan hari ini, harga runcit petrol RON97 naik daripada RM2.63 seliter kepada RM2.68 seliter.

Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter dan harga runcit diesel dikekal pada paras RM2.18 seliter.

Gambar harga minyak dari dari 13 April sehingga 19 April, 2019, dalam kenyataan media Kementerian Kewangan.

“Harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” kata kementerian tersebut. — DayakDaily