Oleh Brad Rantayy
MIRI, 10 Julai: Beberapa kawasan di Bandaraya Miri dilanda ribut kencang petang ini, menyebabkan kejadian pokok tumbang dan menghempap kediaman penduduk.
Pada pagi dan petang tadi, sepasukan anggota Pertahanan Awam Miri (APM) telah bergegas ke Lorong 5 Jalan Fee Foh Krokop dan Pujut 7 bagi membantu memotong pokok tumbang yang menghempap bahagian atap dan pagar kediaman.
Walau bagaimanapun, tiada insiden kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ribut pagi dan petang ini.
Menurut Pegawai APM Miri Kapten (PA) Usman Harto, anggotanya sampai ke lokasi pertama iaiti Krokop jam 12.28 petang sebelum bertolak menuju Pujut 7 sekitar jam 1.22 petang.
Bandaraya Miri mula dilanda ribut kencang sejak petang Sabtu menyebabkan beberapa pokok tumbang di jalan dan menghempap kediaman penduduk. ā DayakDaily