Ribuan banjiri Tasik Biru untuk menyaksi pertandingan menangkap itik

Antara peserta yang menyertai pertandingan menangkap itik di Pesta Tasik Biru di Bau dimana sebanyak 60 ekor itik dilepaskan pada pertandingan tersebut.

KUCHING, 1 Okt: Ribuan pengunjung menyaksikan pertandingan menangkap itik di Tasik Biru hari ini sempena berlangsung Pesta Tasik Biru 2022.

Pesta yang berlangsung sejak 22 September lalu, menerima sambutan yang amat meriah daripada orang ramai serta mensasarkan 60,000 pengunjung.

Berkonsepkan pelancongan iaitu ‘Culture, Adventure, Festival and Food’ (CAFF), pesta kali dianjurkan dalam tempoh yang lama selama 11 hari bermula bermula dari 22 September hingga 2 Oktober 2022.


Pada hari ke-11 hari ini, pelbagai program berlangsung iaitu pertandingan menyumpit, pertandingan menangkap itik, pertandingan mewarna, Miss Tasik Biru, e-Sukan serta pameran dan jualan.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai & Laut) merangkap Adun Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep berharap, pesta ini membantu rakyat meningkatkan pendapatan serta platform bagi usahawan tempatan untuk menampilkan bakat dan produk mereka.

Menurutnya, konsep pesta tahun ini juga selaras dengan visi ‘Greater Bau 2030’ dalam meningkatkan pembangunan sektor pelancongan dan perniagaan.

Henry berkata, pesta tahun ini dipecahkan kepada enam kluster penganjuran iaitu pelancongan bertanggungjawab, kelestarian pelancongan, sukan warisan rakyat dan keutuhan belia, klutser kebudayaan khazanah komuniti, kluster Bau kitchen food heaven dan kluster pemangkin masyarakat. — DayakDaily