Rh Asun di Saratok musnah dalam kebakaran

Anggota Bomba sedang memadam kebakaran tersebut.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


SARATOK, 26 Nov: Rumah Asun, Tembawai Kapuk di Jalan Ulu Awek Saratok, di sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran tersebut pada jam 11.25 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah panjang jenis separuh kekal dua tingkat yang telah musnah 100 peratus.


“Bilangan pintu (rumah) yang terjejas dalam kebakaran tersebut ialah 20 buah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, anggota dari Balai Bomba Saratok yang tiba di lokasi kejadian berjaya mengawal kebakaran pada jam 11.47 pagi.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut,” katanya.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Turut sama dalam operasi ialah Polis, Sarawak Energy Berhad dan Rela. — DayakDaily