BETONG: Seorang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Klampai, Saratok,Lucynthia Libin,24, dinobatkan sebagai Kumang Gawai Bahagian Betong 2017 pada malam kemuncak Majlis Makan Malam bersempena sambutan Karnival Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong 2017 yang berlangsung di dewan sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan,di sini, malam tadi.
Dengan kemenangan itu, Lucynthia membawa balik hadiah wang tunai RM2,000 bersama trofi bernilai RM400, plak, hamper, bunga tangan dan sijil selain turut menerima Selampai Kumang.
Katanya, dia tidak menyangka akan dinobatkan sebagai Kumang Gawai memandangkan saingan daripada peserta yang lain.
“Ini merupakan rezeki Gawai yang akan disambut masyarakat Dayak tidak lama lagi,” katanya.
Katanya, selaku generasi muda bangsa Dayak dia mahu mempertahankan budaya tradisi agar tidak lenyap ditelan zaman.
Tempat kedua, meraih gelaran Lulong Gawai pula dimenangi oleh Linda Kennedy, 24, berasal dari Saratok dengan hadiah wang tunai RM1,500 bersama trofi bernilai RM300, plak, hamper, bunga tangan dan sijil.-dayakdaily.com
Tempat ketiga atau Selinggar Matahari turut dimenangi seorang lagi guru Cherryl Chandat John Linggir, 25, dengan hadiah wang tunai RM1,000 bersama trofi bernilai RM250, plak, hamper, bunga tangan dan sijil.
Cherryl turut menerima anugerah khas ‘Ngepan’ terbaik dengan hadiah wang tunai RM500.
Lima lagi peserta lain yang turut menempatkan diri ke final iaitu Charlene Chloe Ricky, 25 (guru), Evie Sendi Ibil, 27 (pensyarah), Whilemena Upam Herman Ulok, 25, (juruteknologi makmal perubatan), Daelzee Veenna, 21, (graduan Diploma Kejuruteraan Awam) dan Marvis Rirak Mandau, 25, menerima hadiah saguhati RM 500 daripada pihak penganjur.
Penilaian pemenang dibuat oleh barisan juri terdiri daripada isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Rosemary Wong, wakil Sarakup Induk Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Betong Ceceilia Sanggup, isteri Pemangku Residen Bahagian Betong Annie Isek dan seorang guru, Merris Serang dan diketuai oleh Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr. Richard Rapu.
Hadiah kepada pemenang pertandingan telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan isteri Datin Amar Doreen Mayang serta ADUN Layar Gerald Rentap Jabu dan isteri