MIRI, 2 Jun: Perbuatan seorang remaja lelaki melakukan ugutan jenayah terhadap bapa kandungnya sendiri mengundang padah apabila ditahan pihak polis untuk siasatan lanjut.
Kejadian dilaporkan berlaku pada awal pagi Khamis di sebuah rumah panjang di Sungai Saeh Merah, Niah.
Dalam kejadian, suspek berusia 18 tahun itu disyaki telah mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan terhadap pengadu.
Bimbang terhadap keselematan dirinya pengadu berusia 55 tahun tersebut telah tampil membuat satu laporan polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, tangkapan dilakukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri bersama unit Ronda Cegah Jenayah(RCJ) Balai Polis Batu Niah sekitar jam 3 pagi Khamis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. ā DayakDaily