Suami tumbuk isteri pada hari pertama sambutan Gawai ditahan polis

Suspek (tengah) ditahan polis malam semalam.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


Oleh Brad Rantayy

MIRI, 2 Jun: Angkara tindakan sang suami, seorang suri rumah berusia 22 tahun dari sebuah rumah panjang di Sungai Tiris, Bekenu dilaporkan mengalami kecederaan pada badan dan kepala dalam satu kejadian pada petang Rabu (1 Jun).

Difahamkan, sebelum kejadian pasangan tersebut telah berselisih paham sehingga mencetuskan pergaduhan.

Suspek berusia 26 tahun itu dipercayai telah menumbuk, menendang dan mencekik mangsa.

Susulan kejadian, pihak polis telah melakukan tangkapan terhadap suspek pada malam yang sama sekotar jam 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu mengesahkan penangkapan tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323, 506 Kanun Keseksaan dan Seskyen 427 Kanun Keseksaan.