Remaja lelaki mati dipercayai akibat dibelasah di pusat komersial di Kuching

PDRM logo

KUCHING, 29 Julai: Seorang remaja lelaki disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) awal pagi tadi akibat kecederaan dipercayai dibelasah.

Difahamkan kejadian berlaku di sebuah pusat komersial di bandaraya ini pada malam tadi dan mangsa telah dikejarkan ke HUS untuk mendapatkan rawatan.

Mangsa berusia 18 tahun terbabit dikatakan meninggal dunia sekitar jam 4.30-5.00 pagi tadi.


Setakat jam 2 petang iaitu ketika berita ini ditulis, pihak polis masih belum ada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian.

Sementara itu, beberapa ahli keluarga mangsa juga dilihat berada di perkarangan rumah mayat HUS. — DayakDaily