Seorang lelaki maut akibat ditembak semasa mencari besi buruk

The shotgun and ammo rounds seized by the police.

BINTANGOR, 6 April: Seorang lelaki maut, akibat terkena tembakan semasa sedang mencari besi buruk di Jalan Siew, Sungai Bakong, Maradong semalam.

Ketua Polis Daerah Maradong DSP Sekam Anoi berkata kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 6 pagi dan dia telah disahkan meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan di Hospital Sarikei.

Katanya, dua lagi rakan mangsa yang dilaporkan turut terkena tembakan masing-masing masih menerima rawatan di hospital sama.


“Akibat tembakan tersebut, mangsa berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia dan dua lagi mangsa mangsa masih menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya juga, dua suspek berusia 65 dan 38 tahun juga merupakan bapa dengan anak telah ditangkap untuk siasatan lanjut.

Turut dirampas ialah selaras senapang patah dan beberapa butir peluru jenis penabur.

Siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. — DayakDaily