Lelaki ditemui mati di Kampung Tuanku

Siasatan polis di lokasi kejadian.

KUCHING, 11 April: Seorang lelaki ditemui mati di tepi parit di Kampung Tuanku, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata pihaknya menerima laporan penemuan mayat tersebut pada jam 4.27 petang.

“Kejadian dilaporkan oleh orang awam dan mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun,” katanya semasa mengesahkan kejadian tersebut.


Katanya, kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara siasatan lanjut dijalankan.

Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan. — DayakDaily