Remaja lakukan aksi ‘wheelie’ ditahan di Jalan Apar-Segong, Bau

Remaja terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

BAU, 28 Feb: Seorang remaja lelaki ditahan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak ei Jalan Tondong-Segong, di sini.

Menurut kenyataan di Facebook JSPT Sarawak, remaja berusia 18 tahun terbabit ditahan dalam Op Samseng Jalanan tersebut kerana melakukan aksi ‘wheelie’ (mengangkat tayar hadapan).

“Suspek ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara merbahaya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Katanya, sebanyak enam buah motosikal dan 10 orang diperiksa dalam operasi tersebut.

“Sebanyak 18 keping saman telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan,” katanya.

JSPT Sarawak menasihatkan agar semua pihak terutamanya ibu bala memantau aktiviti anak-anak ketika musim cuti sekolah ini.

“Ini suspaya gejala negatif dapat dibendung demi keselamatan diri dN pengguna jalan raya lain,” katanya. — DayakDaily