Status PSB sah bubar diumum pada ‘Unity Dinner’ di Sibu 6 April

Composite photo of PDP (left) and PSB's logos.
Advertisement

Dikarang Chris Bishop

KUCHING, 1 April: Status Parti Rakyat Bersatu (PSB) samada sah dibubar atau belum bakal diumum pada 6 April ini.

Menurut sumber, PSB memang sudah dibubar, cuma belum diumumkan secara rasmi.

Advertisement

“Memang sudah dibubar, tetapi belum diumumkan kerana menunggu waktu yang sesuai.

“Pada 6 April ini semasa ‘Unity Dinner’ di Sibu, pengumuman rasmi bakal dibuat, kita buat ‘one for all’,” kata sumber.

Sumber memberitahu, Unity Dinner dianjurkan untuk mengalu-alukan ahli-ahli PSB menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP).

PSB yang diterajui oleh Presiden Datuk Seri Wong Soon Koh dikatakan membawa seramai 80,000 ahlinya untuk membentuk satu entiti baharu bersama PDP, sebuah parti dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pada 13 Julai tahun lalu, PSB yang juga parti pembangkang dan memenangi tiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 pada 2021, mengumumkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

PDP pada PRN12 menang di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Tasik Biru menerusi Dato Henry Harry Jinep, Krian (Friday Belik), Meluan (Roland Duat), Dudong (Tiong) dan Marudi (Datuk Pengguang Manggil).

Di peringkat parlimen pula PDP diwakili Tiong (Bintulu) dan Baram (Dato Anyi Ngau).

Manakala PSB menang di DUN Engkilili menerusi Dr Johnicol Rayong, Ba’kelalan (Baru Bian), Bawang Assan (Soon Koh) dan Batu Lintang (See Chee How).

Namun pada bulan Ogos 2022, See mengumumkan keluar PSB dan menjadi Adun Bebas. – DayakDaily

Advertisement