PRU15: Kemudahan asas keutamaan Roy

Roy Gingkoi
Advertisement

LUBOK ANTU, 20 Nov: Selesaikan perkara yang tidak dilaksanakan ahli Parlimen terdahulu merupakan keutamaan Roy Gingkoi.

Beliau yang memenangi kerusi Parlimen P203 Lubok Antu yakin rakyat mahukan perubahan.

“Keutamaan saya adalah untuk menyediakan kemudahan asas, khususnya di Engkilili yang jauh ketinggalan.

Advertisement

“Saya juga berusaha untuk meneruskan projek yang telah dibatal, yang tidak dilaksanakan Ahli Parlimen terdahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam tadi.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Lubok Antu malam tadi menyaksikan Roy menang dengan majoriti tipis 100 undi.

Roy yang merupakan calon baharu dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) menewaskan penyandang Jugah Muyang dari Perikatan Nasional (PN), Johnichal Rayong Ngipa (Parti Sarawak Bersatu) dan Langga Lias dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Roy memproleh 6,644 undi manakala Rayong dengan 6,544 undi dan Jugah mendapat 5,360 undi.

Langga dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula hanya memperolehi 746 undi. — DayakDaily

Advertisement