PRU14: Polis kenalpasti 17 ‘titik’ panas di Sarawak

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun

SIBU, April 3: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenalpasti 17 ‘titik’ atau kawasan panas serta kira-kira 100 individu dari negeri ini berpotensi mencetuskan huri-hara menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata, antara 17 ‘titik’ panas yang dikenalpasti ialah di sekitar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri.

Malah katanya, 100 individu yang dikenalpasti yang boleh mencetuskan huru-hara itu merupakan sebahagian daripada 1,151 individu yang dikenal pasti dari seluruh negara.


“Senarai ini akan ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat dari lapangan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Persediaan Keselamatan PRU14 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi menegaskan, pihaknya akan terus memantau rapi individu-individu terbabit.

Katanya, ia adalah bagi memastikan pelbagai aktiviti yang boleh mengganggu proses pilihan raya umum itu dikawal sepenuhnya.

“Polis bukan sahaja memantau individu daripada pihak pembangkang, namun pihak daripada Barisan Nasional (BN) juga

“Jika keadaan mendesak, Pasukan Gerakan Am akan dikerahkan bagi mengawal situasi, malah sekiranya keadaan semakin buruk, kita tidak akan teragak-agak mengaktifkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU),” ujarnya lagi. – DayakDaily