Hentikan menabur janji-janji kepada Sarawak, gesa Abdul Karim kepada PH

Abdul Karim at the press conference at the DUN media room.

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 4 Feb: Naib Presiden PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah gesa pemimpin Pakatan Harapan(PH) untuk menunaikan janji-janji kepada rakyat Sarawak semasa PRU14 yang lepas.

Menjawab kenyataan terbaharu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa DAP sama sekali tidak memberi janji-janji yang sukar untuk ditunaikan, Abdul Karim gesa beliau menghentikan kenyataan sedemikian.


“Beliau (Lim) telah mengatakan pada pilihanraya umum lepas bersama YB Chong Chieng Jen (Pengerusi DAP Sarawak) bahawa bayaran royalti minyak kepada Sarawak akan dinaikkan dari 5 kepada 20 peratus.

“Dan 50 peratus dari hasil cukai yang dikutip di Sarawak akan dikembalikan kepada negeri ini.

“Tunaikan janji-janji ini dahulu, jika tidak, saya masih anggap PH gagal,” katanya pada sidang media di Kuching hari ini.

Tambah Abdul Karim yang juga Menteri Belia dan Sukan, setakat ini tiada satupun janji-janji PH untuk Sarawak telah berjaya ditunaikan.

Lim yang juga Menteri Kewangan pada wawancara ekslusif bersama sebuah akhbar tempatan Sarawak baru-baru ini berkata janji-janji PH pada PRU lepas akan ditunaikan.

Katanya, kita harus membuat rakyat Sarawak merasakan yang kerajaan PH menjaga kepentingan dan membawa pembangunan yang harus menjadi milik mereka.

Beliau turut berkata bahawa Piliharaya Negeri Ke12 (PRN12) sebagai satu cabaran besar kepada PH. —DayakDaily