Projek Sawas bekal air bersih di Kampung Narub, Dalat

Fatimah (baju hijau) memeriksa kualiti air yang diperolehi melalui projek Sawas di Kampung Narub.
Advertisement

KUCHING, 18 Nov: Penduduk di Kampung Narub, Dalat bakal menerima bekalan air bersih melalui Projek Sistem Bekalan Air Alternatif Sarawak (Sawas).

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, ia memberi manfaat kepada 50 pintu rumah yang dihuni 309 penduduk.

“Projek turut memberi manfaat kepada murid-murid dan tenaga pengajar di SK Klid dan SJK San San,” katanya ketika lawatan beliau ke Kampung Narub hari ini.

Advertisement

Tambah Fatimah yang juga ADUN Dalat, punca air adalah air sungai yang diperolehi setelah melalui proses tapisan dan warnanya seperti air minuman.

Dengan itu katanya, sumber air itu boleh diminum dan untuk memasak.

Katanya, kos projek adalah RM11,750, 780 termasuk projek Sawas di Rh Changai Ng Baoh di kawasan DUN Tellian. — DayakDaily

Advertisement