Projek Penahan Hakisan Tebingan Sungai Gedong berjalan lancar —Naroden

Kelihatan Naroden (kanan) semasa lawatan kerja ke tapak projek di Gedong.

KUCHING, 14 Julai: Kerja-kerja pembinaan benteng bagi Projek Penahan Hakisan di Tebingan Sungai Gedong kini berjalan dengan lancar, kata Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa, Industri Terminal, Pembangunan Usahawan dan E-Dagang Datuk Mohd Naroden Majais.

Menurut beliau, fasa kedua daripada keseluruhan empat fasa projek tersebut dijangka siap pada bulan Oktober 2020.

“Fasa ketiga dan keempat kini masih dalam proses tender dimana jumlah kos keseluruhan projek adalah lebih kurang RM50 juta.

“Siap nanti, ianya bukan setakat menghentikan hakisan sungai, namun ia juga akan mencantikkan landskap di tebingan Sungai Gedong,” kata beliau semasa membuat lawatan kerja ke tapak projek hari ini.

Justeru, Naroden yang juga ADUN Gedong berpuas hati dengan perjalanan projek dan percaya apabila siap kelak, ia akan memberi manfaat kepada penduduk setempat. — DayakDaily