Projek Lebuhraya Pan Borneo dilandasan betul walaupun berdepan kelewatan

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof

KUCHING, 19 Mac: Perlaksaan projek Lebuhraya Pan Borneo masih berada pada landasannya walaupun berhadapan dengan kelewatan kira-kira satu setengah tahun tahun daripadajadual asalnya

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kelewatan itu antara lain disebabkan pandemik Covid-19 selain pembatalan rakan perlaksana projek (PDP) pada tahun lalu.

“Kita terlewat daripada jadual akibat penanguhan selama setahun selepas PDP dimansuhkan. Jadi ini bermaksud sudahpun terdapat lanjutan setahun dalam jadual perlaksaan projek tersebut.


“Oleh yang demikian saya melihat akan terdapat kelewatan lebih kurang satu tahun setengah dalam perlaksanaan terbabait,” katanya pada sidang media selepas sesi Taklimat Program Pengurusan Covid-19 bersama ketua-ketua Jabatan Persekutuan Negeri.

Menurut Fadillah ketika ini perlaksaan projek Pan Borneo di Sarawak berada pada tahap 60 peratus siap manakala di sabah berada pada tahap 45 peratus siap.

Katanya, perlaksanaan projek berkenaan di Sabah pada ketika ini hanya melibatkan 10 pakej kerja manakala lima pakej lagi masih dalam proses tender sementara di Sarawak kesemua 11 pakej terlibat telahpun dianugerakan kepada kontraktor dan sedang dalam proses pembinaan.

“Sekarang kita mencari kaedah atau cara bagaimana kita dapat mempercepatkan proses untuk menyiapkan projek lebuh raya berkenaan.

“Kita juga melantik syarikat untuk membantu Jabatan Kerja Raya dalam perkara tersebut dan memantau perlaksanaan projek lebuhraya terbabit,” katanya. -DayakDaily