PRN12: PAS sasar beberapa kawasan DUN

Parti Islam Se Malaysia (PAS) logo. Photo credit: Wikimedia Commons

KUCHING, 6 NOV: Parti Islam Semalaysia (PAS) Sarawak masih meneliti jumlah kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihanraya Negeri Ke-12 (PRN12).

Setiausahanya Mohammad Arifiriazul Paijo berkata, segala ketetapan akan dibincangkan bersama kepimpinan PAS Pusat.

“PAS Sarawak mengambil maklum berkenaan kenyataan yang disiarkan semalam berkenaan 11 kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) yang bakal ditandingi oleh parti pada PRN12 yang disiarkan oleh sebuah media perdana.


“Parti sekali lagi menegaskan bahawa PAS Sarawak telah melakukan persediaan sebaiknya di beberapa DUN yang disasarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohammad, segala pendekatan diambil dengan penuh cermat bagi natijah yang terbaik buat rakyat Sarawak. — DayakDaily