Lelaki warga emas hilang di Lubok Antu, ditemui mati

Mayat mangsa dibawa ke rumah panjang untuk tindakan selanjutnya.

LUBOK ANTU, 6 Nov: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di hutan berdekatan Kem Balak Sepatok, Ulu Lemanak, di sini sejak 3 November lalu ditemui mati, hari lepas.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata mangsa, 65 tahun dijumpai oleh penduduk kampung kira-kita dalam radius 500 kilometer berhampiran kem balak tersebut pada jam 11.11 pagi.

Katanya, seterusnya mayat mangsa dibawa pulang ke rumah panjang mereka di Rumah Jamban Bilararap Lemanak Engkelili, di sini untuk tindakan selanjutnya.


Beberapa anggota dari Balai Bomba Betong bersama Balai Polis Engkelili telah pergi ke rumah panjang tersebut untuk mendapatkan maklumat berhubung mangsa.

Turut sama dalam operasi ialah anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.35 petang. — DayakDaily