PRN: Mong Dagang menang di DUN Bukit Begunan

Mong Dagang

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 18 Dis: Datuk Mong Dagang memastikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N31 Bukit Begunan dengan majoriti 1,402 undi.

Keputusan rasmi PRN Sarawak menyaksikan Mong memperoleh 4,054 undi, sekali gus mengetepikan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Norina Umoi anak Utot yang memperoleh 2,652 undi.

Calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Entusa Imam memperoleh 115 undi manakala Vinton Langang Sangga dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) memperoleh 86 undi.

Kedua-dua calon PBDSB dan PBK telah hilang deposit. ― DayakDaily