Premier Sarawak lawat Galeri LAKMNS

Abang Johari mendengar penerangan daripada Abang Abdul Wahap (kiri).
Advertisement

KUCHING, 22 Mac: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini meluangkan masa melawat Galeri Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS).

Bertempat di Bangunan Baitul Makmur II, galeri yang siap pada penghujung tahun 2021 ini ditubuhkan atas inisiatif untuk memperkasakan sistem penyampaian.

Di samping itu, ia juga sebagai salah satu kemudahan bagi pengunjung Baitul Makmur II.

Advertisement

Tumpuan utama galeri tersebut adalah menyediakan maklumat berhubung sejarah penubuhan serta maklumat korporat LAKMNS.

Turut dipaparkan adalah jadual program serta aktiviti anjuran LAKMNS.

Galeri ini adalah terbuka kepada orang awam setiap Isnin hingga Jumaat jam 9 pagi sehingga 4 petang.

Hadir sama Setiausaha Kehormat LAKMNS Tan Sri Abdul Aziz Hussein dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai. — DayakDaily

Advertisement