PPV Klinik Kesihatan Jalan Masjid adakan vaksinasi walk-in selama 3 hari

Vaksinasi walk-in di PPV Klinik Kesihatan Jalan Masjid.

KUCHING, 11 Ogos: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Jalan Masjid di Kuching akan mengadakan program vaksinasi dos pertama (Pfizer-BioNTech) secara walk-in pada 14, 16 dan 17 Ogos ini.

Jawatankuasa pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melalui kenyataan berkata, program yang diadakan di Dewan MAJMA itu dibuka kepada individu berumur 18 tahun ke atas.

Pada 14 Ogos (Sabtu) vaksinasi bermula dari jam 8 pagi hingga 1 petang.


Manakala pada 16 Ogos (Isnin) dan 17 Ogos (Selasa) program vaksinasi bermula 8 pagi hingga 4 petang.

Orang ramai dinasihatkan untuk membawa bersama kad pengenalan atau pasport, pen, senarai ubat yang diambil (jika ada) dan telefon bimbit dengan aplikasi MySejahtera. — DayakDaily