Baki 10 peratus penerima vaksin di Batang Sadong diminta segera datang ke PPV

Dato Sri Nancy Shukri

KUCHING, 15 Jun: Baki 10 peratus yang tidak hadir di program vaksinasi dos pertama kepada barisan hadapan, warga emas dan yang berisiko tinggi di Batang Sadong diminta datang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) hari ini.

Menurut MP Batang Sadong Dato Sri Nancy Shukri, mereka juga boleh datang mana-mana hari dalam tempoh sehingga 19 Jun ini di PPV yang telah ditetapkan.

ā€œLaporan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan pegawai serta kakitangan P200 Batang Sadong yang berada di lapangan mendapati bahawa baki 10 peratus yang tidak hadir didapati sukar dihubungi.


ā€œDan ada juga yang telah mengambil suntikan vaksin di PPV lain,ā€™katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Nancy yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berkata program vaksinasi yang diadakan semalam berjalan lancar dengan 90 peratus kehadiran di PPV Dewan Mesra Simunjan, Simunjan.

Bagi PPV RTC Munggu Lalang di Gedong katanya, sasaran seramai 250 penerima sehari juga berjaya dicapai.

ā€œLaporan yang sama turut mendapati bahawa trend kehadiran penerima vaksin di kedua-dua PPV mula meningkat sekitar jam 10.30 pagi di Dewan Mesra Simunjan.

ā€œManakala di RTC Munggu Lalang mula ramai pada sebelah petang sekitar jam 2.30 petang,ā€™ujar beliau.

Nancy mengingatkan semua penerima vaksin yang ditetapkan tarikh pada hari ini dan hari seterusnya, agar tidak datang pada saat akhir untuk mengelak sebarang kesulitan atau kesesakan di PPV.

Jelas beliau, ini bagi memastikan PPV tidak terlalu ramai pada satu-satu masa dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bila berada di PPV. ā€” DayakDaily