Pos Kawalan Imigresen Lumapas satu lagi alternatif sebagai pintu masuk

Sub Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah Kampung Lumapas.

LIMBANG, 27 Mac: Sub Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah Kampung Lumapas di sempadan Brunei dan Limbang satu lagi alternatif bagi memudahkan pergerakan rakyat kedua-dua negara.

Terletak 15 kilometer daripada Feri Gadong di Bukit Kota, ia adalah pos kawalan (milik Brunei) paling hampir dengan Pekan Limbang.

Manakala dari pos tersebut, jarak ke Ibu Kota Brunei, Bandar Sri Begawan hanya 15 kilometer.


Menurut Chua, 71, yang merupakan seorang penduduk Limbang, kerajaan mungkin boleh mempertimbangkan untuk membukanya kepada orang awam.

“Ia adalah paling hampir ke Pekan Limbang, dan jika dibuka kepada orang awam (penduduk Malaysia dan Brunei) sudah tentu ia akan membawa banyak manfaat.

“Penduduk yang tinggal di sekitar jalan menuju Lumapas dari Feri Gadong boleh menjual pelbagai produk,” katanya ketika ditemui DayakDaily di Limbang pada Ahad lepas.

Tambah Chua, 51, jalan lama menuju ke satu lagi pos kawalan iaitu Pos kawalan Imigresen di Kuala Lurah dari Pekan Limbang adalah 42 kilometer.

Chua ketika ditemui DayakDaily di Limbang pada 26 Mac.

Manakala jalan baharu yang sedang dalam pembinaan (menuju ke Kuala Lurah) adalah sejauh 31 kilometer.

“Justeru, Pos Kawalan Lumapas adalah paling dekat dan praktikal bagi kemudahan semua.

“Hanya 30 kilometer sahaja jarak dari Pekan Limbang ka Bandar Sri Begawan,” kata Chua.

Dalam pada itu, Sub Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah Kampung Lumapas telah dibuka semula mulai 15 Mac 2023.

Ia hanya khas untuk yang berjalan kaki sahaja dan dibuka mulai jam 6 pagi hingga 6 petang.

Satu lagi pos kawalan Imigresen yang wujud di Limbang ialah di Pandaruan. — DayakDaily