Oleh Brad Rantayy
MIRI, 19 April: Seorang lelaki warga tempatan dari Sepupok Ulu Niah pada Ahad (17 April) ditahan polis kerana mengugut membakar sebuah rumah panjang di kawasan tersebut, selepas perbuatannya membawa lari seorang anak gadis salah seorang penduduk terbabit ditegur.
Suspek berusia 21 tahun itu dikatakan telah datang ke salah sebuah ‘bilik’ rumah panjang terbabut lalu membawa lari seorang gadis berusia 17 tahun keluar.
Kejadian berlaku sekitar jam 7 malam.
Difahamkan, suspek telah dinasihat dan ditegur kerana perbuatannya itu namun berang lalu melakukan ugutan terhadap mak saudara gadis tersebut sebelum mengugut membakar rumah panjang pengadu.
Pengadu telah tampil membuat satu laporan polis.
Susulan itu, suspek telah ditahan untuk tindakan lanjut.
Suspek ditahan pada malam Isnin (18 April) sekitar jam 7 malam.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu mengesahkan tangkapan.
Kertas siasatan dibuka dibawah Seskyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. — DayakDaily