Polis rampas 14 senjata api tiruan

Gambar komposit menunjukkan senjata api tiruan yang dirampas.

Oleh Dean Adam

PADAWAN, Feb 3: Polis berjaya merampas 14 laras senjata api tiruan pelbagai jenis menerusi satu serbuan di sebuah premis permainan di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Aidil Bolhassan berkata, kesemua pistol tiruan yang dirampas itu menyerupai senjata jenis AK-47.


Jelasnya, polis juga telah memberkas seorang lelaki yang berusia 37 tahun dipercayai pemilik premis tersebut.

“Siasatan awal mendapati suspek berkenaan dipercayai membeli kesemua senjata tiruan terbabit dari China.

“Difahamkan senjata tiruan berkenaan boleh didapati dari harga RM350 hingga RM500 untuk jenis AK47,” katanya di sini.

Adil menambah, bagi pistol tiruan pula, ia boleh dibeli dari harga RM100 hingga RM150.

“Suspek berkenaan telah ditahan reman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960,” jelasnya. — DayakDaily