KUCHING, 17 Dis: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap pihak yang didapati memberi wang kepada pengundi untuk meraih undi.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Aidi Ismail berkata mengagihkan atau memberi wang tunai mahupun ganjaran lain kepada pengundi dengan niat meraih undi adalah satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Tegasnya, pemantauan akan terus dibuat sehingga selesai hari mengundi esok.
“PDRM akan terus membuat pemantauan sepanjang proses Pilihan Raya dan tidak akan teragak agak mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat.
“Ini adalah bagi memastikan proses perjalanan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 12 dilaksanakan secara adil dan telus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. — DayakDaily