Polis Miri tangkap suspek pecah masuk kereta

Suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk membantu siasatan.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 24 Jan: Padah mencuri aksesori kenderaan termasuk stereng sebuah kereta yang diparkir di Jalan Sarikei, Taman Jelita, seorang lelaki warga tempatan ditahan pihak polis untuk membantu siasatan pada tengahari semalam.

Tangkapan dibuat susulan laporan pengadu mengenai kejadian yang disedari berlaku pada pagi Jumaat (22 Januari) sekitar jam 11.


Jumlah kerugian adalah sebanyak RM300.

Tangkapan dilakukan sekitar jam 1.54 petang hasil maklumat awam dan turut ditemui barangan audio yang dilaporkan hilang.

Menurut pengadu, kereta tersebut jenis Proton Iswara adalah milik pakciknya dan diparkirkan di kawasan rumahnya sebelum berangkat ke Long Panai sejak dua minggu yang lalu.

Namun, jiran pengadu yang berasa aneh dengan beberapa kerosakan pada tingkap kereta terbabit telah memaklumkan kepada pengadu.

Hasil pemeriksaan pada kereta tersebut mendapati terdapat kesan umpilan pada getah tingkap kereta bahagian pemandu dan stereng dan alat audio telah hilang.

Ketua polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata kes disiasat mengikut Seksyen 379A(2) Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri. ā€” DayakDaily