Polis Miri tahan dua pemuda bawa 4 rim kereta disyaki dicuri

Kedua-dua suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan oleh dua anggota URB IPD Miri ditahan untuk siasatan lanjut.

By Brad Rantayy

MIRI, 23 Feb: Anggota Unit Rondaan (URB) bermotosikal pada malam Selasa (22 Feb) telah menahan dua lelaki bersama empat rim kereta dipercayai dicuri semasa menjalankan tugas rondaan cegah jenayah di kawasan Senadin dan Permyjaya.

Kedua-dua suspek yang menaiki sebuah motorsikal jenis Yamaha Ego itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.


Hasil pemeriksaan lanjut mendapati seorang daripada suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau, manakala seorang lagi mempunyai enam rekod jenayah lampau. — DayakDaily