Polis IPD Padawan cekup enam individu disyaki terlibat dadah

Kelihatan dadah yang dirampas polis.

Oleh Dean Adam

PADAWAN, Mac 15: Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Padawan berjaya menahan enam lelaki selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan serta memiliki dadah di sebuah rumah di Taman Duranda Emas, Siburan, di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Merbin Lisa, berkata kesemua suspek yang ditahan berusia antara 22 hingga 46 tahun.


Katanya, hasil pemeriksaan di kediaman tersebut telah berjaya merampas dadah jenis syabu, berat kasar 13.8 gram dan anggaran harga rampasan RM2,760.

Kelihatan dadah yang dirampas polis.

“Ujian awal air kencing kesemua suspek masing-masing positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya di sini hari ini.

Merbin menambah, kesemua suspek juga didapati mempunyai rekod kesalahan lampau terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan serta memiliki dadah.

Katanya, enam suspek berkenaan telah direman selama 5 hari, mulai hari ini sehingga 19 Mac 2019.

“Kes di siasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. — DayakDaily