Polis buru wanita asing tinggalkan bayi baharu dilahirkan

A newborn baby. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING: Polis kini sedang memburu seorang wanita warga Indonesia yang dikatakan melarikan diri dengan turut meninggalkan bayi baharu dilahirnya petang Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata suspek berusia 23 tahun itu selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Sabtu lepas iaitu sekitar jam 4 petang.

“Bayi tersebut bagaimanapun ditempatkan di dalam bilik jagaan di hospital swasta tersebut disebabkan kurang sihat.


“Pada 15 Oktober (Ahad), iaitu sekitar jam 3 petang, didapati suspek tiada di biliknya dan pihak hospital yang membuat pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek telah melarikan diri,” katanya di sini semalam.

Abang Ahmad turut memberitahu bayi suspek masih lagi di bilik jagaan hospital berkenaan.

“Pihak konsulat Indonesia juga telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut untuk membantu mengesan suspek,” katanya.

Kes tersebut kini masih dalam siasatan di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001(Pindaan 2016).