PM: Cuti Hari Pekerja secara automatik dibawa kepada Rabu

Silhouettes of workers on a construction site. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 2 Mei: Cuti Hari Pekerja secara automatik akan dibawa kepada Hari Rabu, 4 Mei 2022.

Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini susulan pengumuman rasmi Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Isnin (hari ini).

“Selaras dengan pengumuman rasmi Hari Raya Aidifitri bagi tahun 2022 oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bahawa 1 Syawal 1443H, Hari Raya Aidilfitri tahun 2022 jatuh pada Isnin, 2 Mei 2022.


“Maka Cuti Hari Pekerja secara automatik akan dibawa kepada Hari Rabu, 4 Mei 2022,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah Ismail Sabri, gantian Cuti Hari Pekerja secara automatik ini tidak terpakai untuk Negeri Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor kerana Hari Pekerja jatuh pada hari Ahad yang mana ia adalah hari bekerja di negeri-negeri tersebut.

Bagaimanapun katanya, ia adalah tertakluk pada keputusan Pihak Berkuasa Negeri masing-masing untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan cuti. — DayakDaily