PGA Miri rampas rokok haram dan minuman keras bernilai RM1.3 juta

Supt Tan Hiap Seng bersama pegawainya selepas sidang media pagi ini (4 Ogos, 2020).
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 4 Ogos: Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis rokok haram and minuman keras disyaki lari dari cukai dianggarkan bernilai RM1,343,352.80 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Desa Senadin Miri pada pagi Isnin (3 Ogos).

Menurut Pegawai Pemerintah Batalion 12 PGA Miri, Supt Tan Hiap Seng, serbuan jam 9 pagi itu dilakukan sepasukan dua pegawai dan lapan anggota risik PGA Miri semasa operasi Libas.

Advertisement

“Selepas intipan selama dua jam, anggota kita menyerbu masuk ke dalam rumah tersebut dengan memotong pintu pagar bangunan berkenaan,” ujar Supt Tan semasa sidang media pada pagi ini.

Beliau berkata, rumah berkenaan disyaki dijadikan tempat penyimpanan sementara barangan rampasan tersebut sebelum diedarkan ke kedai-kedai di sekitar kawasan Senadin, Permyjaya, Kuala Baram dan Lutong.

“Sebaik anggota saya masuk ke dalam rumah tersebut mereka menemukan 1,824 kotak bir (tin), 202 kotak bir (botol) dan 90 kotak mlnuman keras pelbagal jenis,” jelasnya.

Mereka juga menemui 4,195 katon pelbagai jenis rokok putih dan 2,244 katon pelbagai jenls rokok kretek yang disimpan di dalam rumah berkenaan.

Namun tiada tangkapan dibuat kerana tiada pemilik datang membuat pengakuan barang kes semasa serbuan dijalankan.

Kesalahan tersebut disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.-DayakDaily

Advertisement