Perkhidmatan bas sekolah percuma beroperasi mulai 17 Ogos

Notis pengumuman perkhidmatan bas sekolah percuma inisiatif kerajaan Sarawak di kawasan Kuching.

KUCHING, 5 Ogos: Perkhidmatan bas sekolah percuma inisiatif kerajaan Sarawak di kawasan Kuching akan mula beroperasi 17 Ogos atau Isnin depan.

Mengikut notis yang disiarkan di laman Facebook Yayasan Sarawak semalam, perkhidmatan perintis terbabit bagi meringankan beban rakyat, khususnya yang berpendapatan rendah di bandar-bandar utama dan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan perkhidmatan ini terbuka kepada semua pelajar di sekolah terlibat di bawah;

SJK (C) Sungai Apong, SJK Chung Hua Kuching, SK Gita, SK Matang Jaya, SK Merpati Jepang, SK Petra Jaya, SK Rakyat Jalan Haji Bolhasan, SK Semariang, SK Semerah Padi, SK St. Andrew (M), SK Tabuan, SK Tabuan Hilir, SMK Bako, SMK Bandar Semariang, SMK Batu Kawa, SMK Jalan Arang, SMK Kuching High, SMK Matang Hilir, SMK Matang Jaya, SMK Pending, SMK Petra Jaya, SMK Santubong, SMK Semerah Padi, SMK Seri Setia, SMK St. Joseph, SMK St. Mary, SMK St. Teresa, SMK St. Thomas, SMK Tun Abang Haji Openg dan SMK Tunku Abdul Rahman.

“Para ibu bapa, pihak sekolah dan pelajar boleh memuat turun peta menerusi pautan di bawah:http://yayasansarawak.org.my/wp-content/uploads/2020/07/School-Bus-Maps-Ver-2.pdf,” menurut kenyataan itu.

Pada masa yang sama, mereka juga boleh memuat turun aplikasi Free School Bus sekarang juga menerusi pautan Apple Store bagi peranti iOS (iPhone/iPad/iPod Touch)

https://apps.apple.com/my/app/sarawak-school-bus-service/id1522638184

Manakala Google Play Store bagi peranti Android https://play.google.com/store/apps/detailsid=my.org.yayasansarawak.freeschoolbus

Aplikasi tersebut juga akan memaparkan laluan-laluan terlibat, tempat perhentian bas serta lokasi masa nyata (real-time) bas sekolah dan amat berguna untuk para ibu bapa juga guru untuk mengetahui perjalanan bas sekolah tersebut.

Justeru, pihaknya menggalakkan para pengguna untuk memasang aplikasi Sarawak Free School Bus dan berkongsikan maklumat ini dengan rakan-rakan yang bakal menerima manfaat daripada perkhidmatan bas sekolah percuma kerajaan Sarawak.-DayakDaily