Bantuan RM500 kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah

Driving. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

By Nur Ashikin Louis

KUCHING, 31 Mei: Kerajaan bersetuju untuk memberi bantuan khas secara one-off sebanyak RM500 kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bantuan ini akan dimanfaatkan oleh 17,000 pemandu pelancong, 40,000 pemandu teksi, 11,000 pemandu bas sekolah, 4,000 bas persiaran, dan 62,000 pemandu kereta sewa dan e-hailing.


“Bantuan ini yang berjumlah RM68 juta akan disalurkan kepada penerima yang berdaftar pada bulan Julai,” katanya ketika mengumumkan pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa Plus) dalam satu siaran langsung televisyen di TV1 malam ini.

Kerajaan juga akan melancarkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi di mana pengusaha bas dan teksi yang layak boleh mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan dan melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.

Program Pemerkasa Plus bernilai RM40 billion merupakan suntikan bantuan kerajaan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat atau ‘total lockdown’ bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021. — DayakDaily