Wanita ditipu penjual telefon pintar RM7,000 melalui laman sosial

Online shopping — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 15 Ogos: Seorang pembeli telefon pintar dari Desa Senadin Miri berputih mata apabila penjual gajet tersebut yang dikenalinya dari sebuah laman sosial gagal dihubungi selepas pembayaran sebanyak RM7,000 dilakukan pada Isnin lepas (10 Ogos).

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa, seorang wanita berusia dalam awal 20-an mengenali suspek berkenaan yang juga seorang wanita pada Ahad (9 Ogos).

Mangsa menyatakan berminat membeli gajet tersebut daripada suspek selepas menyetujui harga yang ditawarkan.

Sebanyak dua transaksi secara atas talian dilakukan mangsa pada petang Isnin (10 Ogos) ke akaun bank suspek.

Walau bagaimana, suspek gagal dihubungi selepas pembayaran dilakukan, menyebabkan mangsa tampil membuat satu laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Polis sedang melakukan siasatan ke atas kes berkenaan.-DayakDaily