Peragut ditangkap di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce

Gambar yang dirakam oleh orang awam.
Advertisement

KUCHING, 8 Feb: Seorang lelaki miliki sembilan rekod jenayah lampau ditangkap serta merta selepas meragut seorang mangsa di hadapan Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata suspek berusia 30 tahun itu ditangkap sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Sarawak ketika dia cuba melarikan diri.

“Turut dirampas sebuah motosikal dan barang peribadi milik mangsa yang diragut suspek ketika kejadian di kawasan tempat letak kereta di hadapan bank Public Bank.

Advertisement

“Hasil pemeriksaan rekod lampau, didapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kes telah dibuka kertas siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda. — DayakDaily

Advertisement