Penyedian infrastruktur penyimpanan, pengagihan vaksin Covid-19 dijangka siap 19 Februari

Datuk Aoron Ago Dagang

BINTULU, 30 Jan: Proses penyedian infrastruktur penyimpanan dan pengagihan vaksin Comirnaty difasiliti terpilih untuk menyimpan seterusnya mengagihkan vaksin terbbait dijangka selesai pada 19 Februari depan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, sehingga kini sebanyak 13 unit penyimpanan Pembeku Suhu Ultra Rendah (ULTF) telah diterima di fasiliti Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara.

“Hospital Bintulu juga merupakan salah satu fasiliti yang bakal ditempatkan dengan ULTF ini,manakala bagi ,top loading refrigerator, pula sebanyak 43 unit telah diterima sehingga kini.

“Bagi bekas peyimpanan sejuk beku dan alat pencatat data pula, penerimaan peralatan ini dijangka akan diselesaikan secara berperingkat sebelum bekalan vaksin diterima di fasiliti berkaitan,” katanya pada sidang media selepas aktiviti ‘dry run’ penghantaran vaksin Covid-19 di Hospital Bintulu, di sini hari ini.

Beliau berkata,pertugas kesihatan terlibat akan disediakan dengan latihan berkaitan yang memberikan fokus kepada pengurusan produk vaksin dan pelaksanaan program pemberian vaksin terbabit.


katanya, latihan bersepadu berkenaan bagi memastikan kejayaan program pemvaksinan Covid-19 di negara dapat dilakukan dengan lancar serta meberikan kejayaan yang di sasarkan.

“Program latihan ini dijangka akan bermula pada awal Februari 2021 ini secara berperingkat sebelum di perluas ke seluruh negara,” katanya,

Mengulas menegani aktiviti dry run hari ini dan semalam, Aaron berkata aktiviti tersebut penting sebagai persediaan sebelum vaksin COVID-19 sebenar diterima oleh KKM untuk digunakan di Pusat-pusat Vaksinasi seluruh negara.

Katanya, proses tersebut dilakukan bagi melihat dan memastikan pengekalan suhu ultra sejuk -75°c (±15°c) vaksin keluaran Pfizer BioNTech adalah terjamin sepanjang tempoh penghantaran dari pengilang ke destinasi luar bandar.

Selain itu ia juga bagi melihat dan memastikan pengekalan suhu ultra sejuk -75°c (±15°c) vaksin keluaran Pfizer BioNTech adalah terjamin sepanjang tempoh penghantaran dari pengilang ke destinasi luar bandar.

Beliau berkata, Klinik kesihatan Belaga dijadikan sebagai latihan dan juga percubaan sebelum situasi penerimaan dan penghantaran vaksin COVID-19 keluaran Pfizer BioNTech yang sebenar berdasarkan jarak dan lokasi klinik tersebut yang berada di kawasan luar bandar atau pendalaman.

“Semasa aktiviti ‘dry run’ di Klinik Kesihatan Belaga semalam, penerimaan ‘Thermal Shipping Container’ tersebut dibuat mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan.

“Melalui proses tersebut, mendapati Thermal Shipping Container yang dihantar oleh pihak Pfizer BioNTech semalam berjaya mengekalkan suhu simpanan produk antara -90°C hingga -60°C sepanjang perjalanan dari Belgium hingga ke Klinik Kesihatan Belaga,”katanya.

Aaron berkata, kementerian Kesihatan akan menilai aktiviti ‘dry run’ yang telah dijalankan di Klinik Kesihatn Belaga dan di Hospital Bintulu yang dilaksanakan hari ini bagi mengenalpasti sebarang kelemahan yang boleh diperbaiki.

katanya keputusan penilaian itu penting kerana ia berupaya membantu semua pihak dalam merancang langkah-langkah terbaik agar dapat menjamin pembekalan vaksin Covid-19 yang berkualiti, selamat dan berkesan kepada seluruh rakyat Malaysia. -DayakDaily