Penunggang motosikal terbabas, jatuh sungai dekat Kg Setenggang, Bau

Mangsa diusung ke dalam ambulans selepas berjaya diselamatkan di lokasi kejadian.

KUCHING, 1 Mac: Seorang penunggang motosikal nyaris maut apabila terbabas lalu terjatuh ke dalam sungai di Jalan Pan Borneo Bau-Lundu berdekatan Kampung Stenggang hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bau berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 9.03 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 9.38 pagi.

“Semasa sampai di lokasi, didapati mangsa iaitu seorang lelaki dewasa yang menunggang motosikal mengalami kemalangan kendiri dan mangsa telah terjatuh ke dalam sungai.


“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kaki, muka dan kepala kemudian diserahkan kepada pihak ambulans,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Bau untuk rawatan lanjut.

Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 9.50 pagi. — DayakDaily