Penunggang motosikal rempuh Kancil, disahkan maut akibat parah

Keadaan motosikal mangsa dan kereta Kancil berkenaan selepas kemalangan tersebut.
Advertisement

SONG: Seorang remaja lelaki disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas merempuh sebuah kereta di kilometer Jalan Takan, di sini tengah hari Jumaat.

Mangsa ialah Danny Atan berusia 15 tahun dan berasal dari Rumah Jeffery Nudong Nanga Ibau.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak DSP Bingkok John berkata mangsa semasa kejadian dikatakan menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ.

Advertisement

Menurutnya, mangsa dikatakan memasuki laluan bertentangan sebelum gagal mengawal motosikalnya dan merempuh hadapan sebuah Perodua Kancil.

“Akibat dari kemalangan itu, mangsa yang tercampak ke kanan bahu jalan mengalami kecederaan parah dan seterusnya dikejarkan ke klinik Kesihatan Song untuk mendapatkan rawatan.

“Pegawai perubatan bagaimanapun mengesahkan mangsa meninggal dunia pada jam 1.35 petang semasa menerima rawatan di Wad Kecemasan,” kata Bingkok.

Kes tersebut masih dalam siasatan di bawab Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Advertisement