Penunggang motosikal maut di bawah lori

Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Advertisement

KUCHING, 28 Ogos: Seorang penunggang motosikal maut akibat kecederaan parah selepas terlibat kemalangan membabitkan sebuah lori di Batu 8 Jalan Penrissen, hari ini.

Mangsa ialah Mohammad Firdaus Abdullah berusia 53 tahun dan berasal dari Taman Duranda Emas, Batu 18 Jalan Kuching-Serian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata mangsa semasa kemalangan menunggang motosikal pada jam 8.30 pagi.

Advertisement

“Mangsa daam proses mencelah di tengah-tengah laluan apabila motosikalnya tiba-tiba tergelincir akibat jalan basah lalu dia terjatuh di bawah tayar lori.

“Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Mayat mangs kemudian dihantar ke rumah mayat Hospital Umum Sarawak (HUS).

Kes tersebut masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987. — DayakDaily

Advertisement