Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Samarahan

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

KOTA SAMARAHAN, 10 Jan: Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas dipercayai terbabas di Lorong 28 Taman Samarindah, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata mangsa dikenali sebagai Mohammed Hazry Sedem, berusia 32 tahun, dan berasal dari Taman Samarindah Jalan Dato Mohd Musa, di sini.

“Mangsa semasa kejadian dari arah Taman Samaranan dan semasa sedang bergerak melalui satu selekoh dipercayai telah terbabas sendiri.


“Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke  Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya.

Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan di bawah Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Lokasi kejadian telah dilawati dan keadaan jalan adalah berselekoh tajam serta terdapat dua lorong dua hala,” katanya.

“Bagaimanapun,  orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan tersebut untuk tampil membantu siasatan,” katanya. — DayakDaily