3 lelaki, 1 wanita ditangkap kerana disyaki terlibat dadah di Taman Samarindah

Suspek-suspek yang ditangkap di Kota Samarahan.

KOTA SAMARAHAN, 10 Mei: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan telah menjalankan operasi tapis dan menahan tiga lelaki dan seoranh wanita kerana disyaki terlibat kegiatan penyalahgunaan dadah.

IPD Kota Samarahan melalui akaun Facebooknya memberitahu kesemua suspek ditangkap di kawasan lapang Taman Samarindah Kota Samarahan.

Katanya, kesemua suspek berusia diantara 20 hingga 23 tahun itu telah ditahan selepas pihak polis menemui satu paket plastik berwarna merah yang mengandungi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat 0.70 gram.


“Kesemua suspek telah dibawa ke Pejabat BSJN IPD Kota Samarahan untuk tindakan selanjutnya.

“Ujian air kencing telah dijalankan keatas suspek dan didapati dua lelaki dan wanita positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamnie,” katanya.

Manakala seorang suspek lelaki dapati negatif dadah.

“Salah satu suspek lelaki yang memiliki dadah berbahaya jenis syabu telah ditangkap untuk siasatan lanjut dibawah Sek. 12(2) ADB 1952 dan dibawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” katanya.

Permohonan reman telah dibuat oleh pegawai Penyiasat untuk memohon tahanan reman keatas saspek.

Kes turut disiasat dibawah Sek. 15(1)(a) ADB 1952.

“Kini, pihak polis dari BSJN IPD Kota Samarahan bergiat aktif melakukan penugasan operasi tapis di kawasan pentadbiran Kota Samarahan bagi membendung gejala aktiviti penyalahgunaan dadah,” katanya. — DayakDaily