Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Kota Samarahan

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Advertisement

Oleh Juetila Ozzy

KOTA SAMARAHAN, 19 Jun: Seorang penunggang motosikal meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas dikatakan melanggar sebuah lori yang ditinggalkan di tepi Jalan Ensenggei, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata mangsa, Muhammad Nazri Mahli,22 tahun semasa kejadian dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Lubuk Buntin, Simunjan.

Advertisement

Bagaimanapun, dipercayai mangsa tidak sempat mengelak lori tersebut yang ditinggalkan tanpa penjaga di tepi jalan raya lalu melanggar bahagian belakangnya.

Ekoran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia selepas diperiksa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan polis juga masih mengesan pemilik dan pemandu lori tersebut. — DayakDaily

Advertisement