Penunggang motorsikal maut selepas ditempuh kenderaan pacuan empat

Lokasi kejadian
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 20 Mac: Seorang penunggang motorsikal maut selepas ditempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Km2, Jalan Pembalakan Samling Ulu Baram, berhampiran Kampung Long San pada petang Jumaat (19 Mac).

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda (Hilux) yang datang dari arah Km10 menuju ke arah Long San bersama tiga penumpang di dalam kenderaan dan seorang penumpang duduk di bakul belakang.

Advertisement

“Sampai di Km2 Jalan Pembalakan Samling semasa menaiki sebuah bukit yang berselekoh, pemandu Hilux telah masuk ke laluan bertentangan lalu melanggar depan sebelah kanan dengan sebuah motosikal yang ditunggang oleh si mati yang datang dari arah Long San menuju ke Km5,” ujarnya.

Akibat kemalangan tersebut penunggang menggalami kecederaan parah dan meninggal dunia dalam kejadian berlaku sekitar 6.30 petang.

Mangsa dikenali sebagai Sukung Emang, 41, maut serta merta di lokasi kejadian.

Mangsa telah dibawa ke klinik Long Lama pada hari jam 2.30 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan klinik berkenaan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Miri untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat dibawah Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily

Advertisement