Oleh Brad Rantayy
MIRI, 11 Nov: Seorang penunggang motorsikal tercampak dari motorsikal yang ditunggangnya selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Bulatan Piasau tengahari tadi.
Dalam kejadian, mangsa berusia 19 tahun cedera pada rahang, kaki dan lutut kanan.
Mangsa telah diberikan rawatan awal oleh sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Miri yang tiba di lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 12.30 tengahari.
“Keterangan daripada orang awam yang berada di lokasi, mangsa berusia 19 tahun itu menggunakan motorsikalnya berwarna merah telah dilanggar oleh sebuah kereta pacuan empat roda menyebabkan mangsa terjatuh,” ujar Pegawai Pertahanan Awam Miri (APM) Lt (PA) Mirwan Shah Masri.
“Anggota kita telah membuat rawatan awalan dan bergerak menghantar mangsa ke Hospital Miri,” ujarnya. ā DayakDaily