Penjawat awam ditemui mati tergantung

Royal Malaysia Police logo

Oleh Dean Asam

KUCHING, Julai 9: Pekerja pembersihan di sebuah pejabat kerajaan di Petra Jaya terkejut selepas menemui seorang lelaki mati dalam keadaan tergantung di kawasan tangga bangunan berkenaan, hari ini.

Mayat penjawat awam yang berusia 34 tahun itu ditemui mati tergantung kira-kira pukul 1 petang.


Sumber berkata, panik melihat keadaan itu, pekerja pembersihan tersebut kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan.

Katanya, pengawal keselamatan tersebut seterusnya menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

“Petugas perubatan yang tiba di lokasi kejadian kemudian mengesahkan kematian mangsa,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Kes itu masih dalam proses siasatan dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. — DayakDaily