Penghuni Rh Ben Bali di Saratok jadi ‘hero’ selamatkan rumah panjang daripada terbakar

Hero selamatkan rumah panjang daripada terbakar.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


SARATOK, 29 Jan: Sebuah rumah panjang 26 pintu, Rumah Ben Bali di Tapang Ujan Ulu Ibus, Mudong berjaya diselamatkan daripada terbakar semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata hanya sebuah dapur di salah satu pintu yang terbakar dalam kejadian yang dilaporkan sekitar jam 6.21 petang tadi.

Katanya, kebakaran yang melibatkan almari serta penyambung soket itu berjaya dipadamkan oleh penduduk rumah panjang terbabit menggunakan tiga unit alat pemadam api jenis debu kering.


Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok yang dikerahkan ke lokasi kejadian melakukan pemantauan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat.

Kesemua 150 penghuni rumah panjang juga dilaporkan selamat dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. — Dayakdaily